sahabat
Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan,
bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan
persahabatan melebihi duit. .....
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja,
bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud
tanggungjawab. ......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan,
bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di
sekeliling mereka. .....
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita,
bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita
sebagai seorang sahabat. .....
Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS & WHATSAPP anda,
bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka
INGAT PADA ANDA. ......
Satu hari, kita semua akan terpisah,
kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi
asing... ......
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?" .....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana
hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA
ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."
dari sahabat saya, saudara khairudin bin za'bah

0 comments:
Post a Comment