mustika dunia (puisi)
Mustika dunia
Penampang
buat aku gampang
Makmurnya
terisi pelbagai bangsa
Kongsi
rasa, berkongsi budaya
Kuntuman
bunga pujian melata.
Indahnya
menyantun bahasa berbangsa
Ditutur
bersama kemajmukan sejagat
Sanjungan
bangsa pingitan dunia
bahasa
ibunda maruahnya berdaulat.
Berjalan kekiri bertemu kawan
Berjalan kekanan bertemu taulan
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh.
Rancakkan keghairahan berbudi
Eratkan silaturrahim tanpa ultimatum
Semaikan benih cinta akan Negara
Rakuskan semangat majukan diri
Demi Negara.
Marilah kita bersatu
Tiada warna
Tiada loghat
Tiada rupa
Hanya yang ada sebuah mustika
Merealisasikan sebuah impian nyata
Entengnya propaganda lekas
dilenyapkan
Jadikan kenangan bumi Gaza
sebagai pengajaran
jadikan kenangan bumi Iran
sebagai tauladan
jadikan dirimu seorang yang
bersemangat juang.
Tatasusila kita mari terapkan
Generasi muda kita pimpin tangan
Sama melangkah memalu gendang
Ke arah Negara berbudaya gemilang.
bayu al-amin
tulisan ni saya tulis sewaktu kursus genta puisi 2013...
tok guru nya.. dr lim swee tin...good inspire person..
tq..
.jpg)
0 comments:
Post a Comment