123, Example Street, City 123@abc.com 123-456-7890 lasantha.wam

Wednesday, 25 March 2015

Buat Nenda (puisi)



Buat Nenda
Pagi yang hening
Membawa bayu kerinduan
Mengharap dirimu kembali adalah mustahil
Ternyata allah yang maha esa lebih menyintaimu
Kami rindu asam pedas ikan sembilangmu
Lebih meruntun jiwa
Kau pergi tanpa aku disisimu
Sepertimana kau menitis air mata suci
Bila aku terkurung sepi
Seperti itu nenda, aku menitis air mata degil
Bila kau pergi dulu mengadap allah azza wa jalla
Kami rindu botok-botokmu
Kami rindu burasakmu
Kami rindu sambal dan tempoyakmu
Redhakanlah penat lelah menjaga kami
Halalkan makan dan minum kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami
Perjuanganmu di muka bumi ini telah tamat
Perjuanganmu dengan kesakitanmu telah tamat
Perjuanganmu membesarkan anak dan cucumu telah tamat
Tenanglah engkau disana
Kelak panglima KAHAR akan disisimu
Kelak anak-anakmu akan disampingmu
Kelak cucu-cucumu akan mengiringimu
Kelak seluruh generasi kita akan bersama kita
Segala doa dan bacaan surah yassin akan kami titipkan
Agar dirimu sentiasa tenang dan dipermudahkan
Al-fatihah buat nenda Bariah binti Arpan…

bayu/ariff

kepada nenda tersayang.. yang telah pergi...
dikarang pada 26/3/2015 kerana rindu pada beliau..
moga roh beliau berada disamping para syuhada..
maafkan saya..










0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget


http://goo.gl/BB7CIz" target="_blank">https://scontent-hkg3-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/v/t1.0-9/1480694_444597492379150_6425185651852275507_n.jpg?oh=750b97507bc7ec620bf6f420c3fb8cf6&oe=55F0A732" style="width: 250px; height: 300px;" />

http://goo.gl/BB7CIz" target="_blank"> EDISI TERHAD
Powered by Blogger.