123, Example Street, City 123@abc.com 123-456-7890 lasantha.wam

Latest Posts

Thursday, 11 June 2015

tEntAnG DiA

Sekali pandang wajahmu
Membuat aku jatuh sayang
Dengan bibir munggilmu
Dengan suara kecilmu

Belahlah dadaku
Selamilah jiwaku yang gundah gulana
Yang telah ditampal memori tentangmu
Tawamu, lagatmu dan rajukmu

Separuh jiwaku kan pergi
Jika dikau tiada disisiku
Tetapi hakikatnya
Dikau akan pergi menjauh dariku

Wahai penyayang hati
Wahai penghibur hati
Wahai peneman hati

Janganlah dikau pergikan aku dari hatimu
Janganlah dikau padamkan memori
Tentang diriku darimu
Janglah dikau gantikan aku dengan
Kenistaan dan kehinaan

Wahai hatiku
Wahai jiwaku
Percayalah kataku
Sidia tak akan melupakanmu
Sidia tak akan  menggantikanmu
dan
sidia tak akan menyamakanmu dengan pak pander
janglah berduka lagi wahai hati
usapilah jiwamu dengan memori tentang dia

yang tak akan padam sampai bila-bila.

Wednesday, 8 April 2015

sahabat

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan,
bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit. .....
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja,
bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab. ......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan,
bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka. .....
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita,
bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat. .....
Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS & WHATSAPP anda,
bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA. ......
Satu hari, kita semua akan terpisah,
kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing... ......
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?" .....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana
hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

 "DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

dari sahabat saya, saudara khairudin bin za'bah



Mawar Putih

Bayu menghembus halus
Membelai pipi lamunan ku terhapus
Mengharap bebas bak kawanan burung
Hampa, tirai besi aku terkurung.

Namamu setia terpahat
Didalam hati tiada yang lihat
Sekeping foto sering merakam
Membuat jiwa tidak tenteram.

Kemesraanmu buat aku rindu
Setia melayan diri yang keliru
Kasihmu buat aku terharu
Setia menasihati dan menegur diri yang keliru.

Tidak ku harap selonggok cinta
Sedar diri tak layak meminta
Tapi sang khilaf ini ingin menyinta
Mawar putih tanda dicinta.

Mawar putih lambang setia
Mawar putih lambang percaya

Jika tak layak dicinta
Ku harap kau setia bersama
Jika tak layak dicinta
Ku harap kau percaya bila bersama.                 



Kalau layak dicinta
Ku harap kau setia menunggu
Kalau layak dicinta
Ku harap kau percaya kita kan bersatu.
Kalau,kalau gunung boleh ku belah,
Memang,memang tak boleh belah.

Aku pesalah jangan erti disalah
Aku mengalah jika kau tegah
Aku setia ada jika kau perlu
Aku percaya ada kasih yang perlu.







Wednesday, 25 March 2015

Buat Nenda (puisi)



Buat Nenda
Pagi yang hening
Membawa bayu kerinduan
Mengharap dirimu kembali adalah mustahil
Ternyata allah yang maha esa lebih menyintaimu
Kami rindu asam pedas ikan sembilangmu
Lebih meruntun jiwa
Kau pergi tanpa aku disisimu
Sepertimana kau menitis air mata suci
Bila aku terkurung sepi
Seperti itu nenda, aku menitis air mata degil
Bila kau pergi dulu mengadap allah azza wa jalla
Kami rindu botok-botokmu
Kami rindu burasakmu
Kami rindu sambal dan tempoyakmu
Redhakanlah penat lelah menjaga kami
Halalkan makan dan minum kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami
Perjuanganmu di muka bumi ini telah tamat
Perjuanganmu dengan kesakitanmu telah tamat
Perjuanganmu membesarkan anak dan cucumu telah tamat
Tenanglah engkau disana
Kelak panglima KAHAR akan disisimu
Kelak anak-anakmu akan disampingmu
Kelak cucu-cucumu akan mengiringimu
Kelak seluruh generasi kita akan bersama kita
Segala doa dan bacaan surah yassin akan kami titipkan
Agar dirimu sentiasa tenang dan dipermudahkan
Al-fatihah buat nenda Bariah binti Arpan…

bayu/ariff

kepada nenda tersayang.. yang telah pergi...
dikarang pada 26/3/2015 kerana rindu pada beliau..
moga roh beliau berada disamping para syuhada..
maafkan saya..










Tuesday, 24 March 2015

mustika dunia (puisi)



Mustika dunia

Penampang buat aku gampang
Makmurnya terisi pelbagai bangsa
Kongsi rasa, berkongsi budaya
Kuntuman bunga pujian melata.

Indahnya menyantun bahasa berbangsa
Ditutur bersama kemajmukan sejagat
Sanjungan bangsa pingitan dunia
bahasa ibunda maruahnya berdaulat.

Berjalan kekiri bertemu kawan
Berjalan kekanan bertemu taulan
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh.

Rancakkan keghairahan berbudi
Eratkan silaturrahim tanpa ultimatum
Semaikan benih cinta akan Negara
Rakuskan semangat majukan diri
Demi Negara.

Marilah kita bersatu
Tiada warna
Tiada loghat
Tiada rupa

Hanya yang ada sebuah mustika
Merealisasikan sebuah impian nyata
Entengnya propaganda lekas dilenyapkan

Jadikan  kenangan bumi Gaza
sebagai pengajaran
jadikan kenangan bumi Iran
sebagai tauladan
jadikan dirimu seorang yang
bersemangat juang.

Tatasusila kita mari terapkan
Generasi muda kita pimpin tangan
Sama melangkah memalu gendang
Ke arah Negara berbudaya gemilang.


bayu al-amin

tulisan ni saya tulis sewaktu kursus genta puisi 2013...
tok guru nya.. dr lim swee tin...good inspire person..
tq..













Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget


http://goo.gl/BB7CIz" target="_blank">https://scontent-hkg3-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/v/t1.0-9/1480694_444597492379150_6425185651852275507_n.jpg?oh=750b97507bc7ec620bf6f420c3fb8cf6&oe=55F0A732" style="width: 250px; height: 300px;" />

http://goo.gl/BB7CIz" target="_blank"> EDISI TERHAD
Powered by Blogger.